
Hj. Mohd Shukri Hj. Othman
BIODATA

TUAN HJ. MOHD SHUKRI BIN HJ. OTHMAN, merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MILLION MEDIA SDN. BHD.
Kepakaran beliau adalah dalam membantu ramai usahawan meningkatkan pendapatan melalui penjenamaan semula syarikat dengan menghasilkan produk pemasaran seperti business card, banner & bunting dan t-shirt.



Kisah kejayaan beliau dalam bidang seni bermula melalui Saiful Nang Academy of Photography (SNAP) melalui pembelajaran secara intensif kursus Photography; Zero to Pro (ZTP4), Professional Wedding Photography (PWP) dan Bengkel Filem Pendek (BFP).
Sangat dikenali dalam industri seni foto terutama di Johor Bahru dan Singapura sejak tahun 2010 lagi dan telah diamanahkan memegang jawatan Ketua dalam komuniti Lensa Malaya Selatan, menjadi pakar rujuk seterusnya mengetuai program-program latihan seni foto di seluruh pelusuk Negeri Johor.
Beliau berjaya menerbitkan filem-filem pendek pedoman, pengajaran dan nilai-nilai murni serta menjadi viral di Facebook dan Youtube.
Berguru bersama Dr. Hj. Azizan Osman melalui beberapa siri seminar pembangunan diri dan perniagaan anjuran Richworks International seperti Seminar Kuasai Potensi Diri 2011 (SKPD), Seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK 2012), Seminar Advance Marketing Power (AMP 2012), Seminar Hidup Luar Biasa (HLB 2014) dan lain-lain lagi.
Dijemput 15 kali menjadi krew program-program Hj. Dr. Azizan Osman sepanjang tahun 2011 hingga 2015 bermula dari Johor Bahru hingga ke Kuala Lumpur.

Beliau juga berguru dalam bidang pengkhususan perniagaan percetakan bersama Tuan Hj. Abdul Basit dalam beberapa siri program anjuran Kaki Training Consultancy seperti Seminar Taiko Printing 2014 dan Seminar Rahsia Magnet Jualan 2014, menjana kewangan dan pendapatan sehingga memiliki kilang percetakan pakaian sendiri di Klang, Selangor.

Menjadi rutin berskala suku tahunan, beliau akan menyampaikan ilmu perniagaan, pemasaran dan pembangunan perniagaan bersama usahawan-usahawan dengan berkongsi kisah kejayaan serta pengalaman sepanjang perkecimpung dalam arena perniagaan terutama dalam industri percetakan dengan beberapa siri seminar di Shah Alam dan Johor Bahru melalui Seminar Rahsia Jutawan Printing 2014 (SRJP 2014) dan Seminar Jutawan Printing 2014 (SJP 2014) yang dianjurkan sendiri oleh Million Media Event.

Dengan pengalaman dan kepakaran beliau, UniKL MITEC, Johor Bahru mempelawa beliau mengelolakan urusan-urusan majlis pengacaraan secara teknikal berkaitan multimedia seperti videography, Multiple Camera Production (MCP) untuk kerja-kerja suntingan video secara langsung di layar tabir, sistem pembesar suara dan lampu pentas di dalam majlis gilang-gemilang mereka iaitu Majlis Perasmian UniKL MITEC, Johor Bahru yang dirasmikan oleh Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal pada tahun 2012.

Tuan Hj. Mohd Shukri bin Hj. Othman dengan aktif terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan di peringkat Negeri Johor serta antarabangsa bersama pertubuhan Aqsa Syarif Berhad, Cawangan Johor dalam membantu masyarakat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Rejim Zionis. Sebagai Pengarah Program, beliau mengetuai Program ‘Charity Ride 4 Gaza’ yang mensasarkan kutipan sumbangan RM 1 juta dianjurkan dengan jayanya dengan penyertaan melebihi sasaran dengan menghimpunkan 350 penunggang-penungang motosikal berkuasa tinggi menjalankan aktiviti kutipan derma dari pasaraya ke pasaraya sehingga berjaya mengumpulkan sumbangan orang ramai sebanyak RM 25,000 dalam tempoh setengah hari untuk disalur ke Palestin.
Program ini mendapat liputan meluas media dan disiarkan di dada-dada akhbar serta televisyen selama sebulan dari sebelum program berlangsung sehinggalah selesai.

Beliau seringkali diundang oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk memberikan syarahan dan perkongsian ilmu yang memfokuskan kepada ilmu keusahawanan, pemasaran, seni foto, seni grafik dan percetakan seperti program Outing Lensa Malaya Selatan anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor dan Outing bersama Ustaz Azhar Idrus anjuran Studio Mukmin di UTM Skudai, Johor.
