top of page

Anjuran Bersama:

Lokasi:  
DEWAN BAITUL UMMAH
1941, Jalan BSS 2/1A,
Bandar Seremban Selatan
71450 Sungai Gadut,
Negeri Sembilan
Tarikh:
24 September 2016 (Sabtu)
Masa:
9.00  pagi - 6.00 petang

Testimoni Peserta

Alhamdulillah, dah lama saya mencari bengkel membuat website, akhirnya saya jumpa. 

 

Insyaallah saya akan gunakan teknik ini dalam perniagaan online saya akan datang.

 

[ Amirul Ashraf ]

Darussyifak Tampin

Seminar yang terbaik. 

 

Sesuai untuk semua orang yang baru berniaga dan yang telah lama berniaga.

 

Ilmu yang digunakan secara rahsia oleh jutawan-jutawan di malaysia.

 

[ Zul Tariq Mohd Zain ]

Kedai Wallpaper DIY

Program ini telah memberi pengalaman dan pengetahuan yang baru kepada saya.

 

Sebelum ini saya tidak tahu membina website.

 

Program ini haruslah diteruskan untik masa akan datang.

 

[ Siti Nurfatimah ]

Akademi Darul Ulum Seremban

Program telah berjaya meyakinkan peserta yang Tuan Shukri mempunyai kepakaran yang mendalam dalam internet marketing.

 

Pengisian bengkel baik, banyak bahan-bahan pengajaran yang dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam bisnes online.

 

Suasana pembelajaran kondusif, bengkel ini telah berjaya meningkatkan ilmu bisnes online kepada saya.

 

[ Muhamad Diah Janun ]

Kedai Jahit Uniform

 

Program ini telah memberi pengalaman dan pengetahuan yang baru kepada saya.

 

Sebelum ini saya tidak tahu membina website.

 

Program ini haruslah diteruskan untik masa akan datang.

 

[ Umi Nurul Hani ]

Pengusaha Power Gold

Assalamualaikum WBT

 

Saya amat menghargai usaha baik saudara penceramah, Hj. Mohd Shukri Hj. Othman kerana sudi berkongsi ilmu perniagaan beliau.

 

Bengkel yang membuka mata dan minda peserta terhadap peluang perniagaan melalui strategi online (website).

 

Idea yang fresh dan praktikal. Infiru!

 

[ Abdul Rahman ]

Zurith Fire & Safety

Alhamdulillah dipertemukan dengan program yang berilmu ini bagi meluaskan perniagaan seterusnya meningkatkan pendapatan dan pasaran dalam negera hingga ke luar negara.

Terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Tuan Hj. Shukri

 

[ Nur Silawani Idris ]

Arissya Collection

"Bisnes Tanpa Website Umpama Berbaju Melayu Tanpa Songkok"

-CEO Samad Kinto- 

Tahukah Anda?

Statistik menunjukkan Malaysia mempunyai 29 juta penduduk.

Tahun 2015, PENGGUNA INTERNET MENINGKAT dari 18 juta orang kepada 25 juta.

 

12,747,100 penduduk di Malaysia MENGGUNAKAN FACEBOOK.

 

Dan sebanyak 40,000 CARIAN SESAAT di Google.

 

Ini bermakna, jika anda tidak wujud dalam perniagaan internet, AWAS anda sudah TERTINGGAL JAUH KE BELAKANG!

"Kini Rahsia 60 Minit Bina Website Professional Pertama Anda Tanpa Upah Yang Jarang Diketahui Umum Akan Saya Bongkarkan"

Nak Upah Orang Buat Website Mahal?

Nak Buat Website Sendiri Tapi Tak Pandai Design?

Saya jadi blur bila ada pelanggan minta address laman web untuk rujukan produk dan perniagaan

Nak upah designer buatkan laman web makan harga beribu, tu baru basic belum ada lagi yang ada function buat bayaran online

Saya tak pandai nak design laman web, bukan bidang saya bab rekabentuk dan seni

Pelanggan susah nak percaya untuk buat bayaran terutamanya bila saya cakap saya tak ada website, lebih-lebih lagi ramai yang dah kena tipu dengan perniagaan online

Saya dah ada website, tapi simple je. Jangan kata tak update, orang tak datang berkunjung pun sebab saya tak tahu macamana nak tarik pengunjung lawat laman web saya

Saya ada website tapi statik je, saya tak ada idea macamana nak buat website saya bertukar menjadi kedai yang boleh buat duit macam orang lain

Apa Yang Akan Anda Pelajari?

Bina laman web hanya 1 jam tanpa perlu upah pereka laman web

Laman web sebagai 'staff' tanpa gaji yang boleh membantu urusan

Sistem perniagaan online sebagai 'kedai' yang dipercayai

Bina kredibiliti 'profil' anda dengan blog

'Tips & Trick' menarik trafik pengunjung ke laman web anda

Apa Kelebihan Bengkel Bina Website Ini?

Apa yang anda perlukan dalam membina laman web akan dipelajari di sini!

Teknik mudah 'drag & drop' dari fungsi-fungsi yang disediakan

Kami sediakan galeri gambar yang banyak tanpa perlu anda fikir gambar yang sesuai untuk anda gunakan

Teknik SEO yang boleh bantu anda bersaing dalam laman pencarian Google dan sentiasa berada di kedudukan tertinggi carta

Hanya perlu pilih ribuan templates dan edit semula mengikut kesesuaian dan citarasa anda

Website yang anda bina sesuai untuk paparan pada handphone yang mesra data pengunjung

Tak perlu skill anda boleh letakkan sebarang gambar dan video dengan mudah

Teknik Yang Digunakan Lebih 70 Juta Web Designer Seluruh 180 Negara

-Ahli muzik, kedai online, designer, klinik gigi, majlis perkahwinan, blogger, mengaturcara majlis, jurufoto, peguam dan sebagainya.

Lebih 200 Aplikasi Mudah Yang Membuatkan Laman Web Anda 'Hidup'

-Sambungan ke Media Social; Facebook, Instagram, Tweeter, penghantaran invoice automatik, borang online, booking acara dan sebagainya.

Mesra Mobile

-Laman web yang lebih ringan dan mengurangkan data pengunjung yang melawat laman web menerusi telefon bimbit.

Photo 03-11-2015, 4 53 45 PM
Photo 03-11-2015, 4 54 45 PM
Photo 03-11-2015, 4 53 18 PM
Photo 03-11-2015, 4 54 40 PM
Photo 03-11-2015, 4 54 42 PM
Photo 03-11-2015, 4 54 35 PM
Photo 03-11-2015, 4 54 38 PM
Photo 03-11-2015, 4 54 27 PM
Photo 03-11-2015, 4 52 57 PM
Photo 03-11-2015, 4 54 05 PM
Photo 03-11-2015, 4 54 16 PM
Photo 03-11-2015, 4 53 49 PM
Photo 03-11-2015, 4 53 07 PM
Photo 03-11-2015, 4 53 54 PM
Photo 03-11-2015, 4 53 15 PM
Photo 03-11-2015, 4 52 43 PM
Photo 03-11-2015, 4 55 03 PM
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website
Bengkel Bina Website

Alumni Bengkel Bina Website 

Siapa Shukri Othman?

TUAN HJ. MOHD SHUKRI BIN HJ. OTHMAN, merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MILLION MEDIA SDN. BHD.

 

Kepakaran beliau adalah dalam membantu ramai usahawan meningkatkan pendapatan melalui penjenamaan semula syarikat dengan menghasilkan produk-produk pemasaran samada secara online (media sosial) mahupun offline seperti business card, banner & bunting dan t-shirt.

Kisah kejayaan beliau dalam bidang seni bermula melalui Saiful Nang Academy of Photography (SNAP) melalui pembelajaran secara intensif kursus Photography; Zero to Pro (ZTP4), Professional Wedding Photography (PWP) dan Bengkel Filem Pendek (BFP).

 

Sangat dikenali dalam industri seni foto terutama di Johor Bahru dan Singapura sejak tahun 2010 lagi dan telah diamanahkan memegang jawatan Ketua dalam komuniti Lensa Malaya Selatan, menjadi pakar rujuk seterusnya mengetuai program-program latihan seni foto di seluruh pelusuk Negeri Johor.

 

Beliau berjaya menerbitkan filem-filem pendek pedoman, pengajaran dan nilai-nilai murni serta menjadi viral di Facebook dan Youtube.

Berguru bersama Dr. Hj. Azizan Osman melalui beberapa siri seminar pembangunan diri dan perniagaan anjuran Richworks International seperti Seminar Kuasai Potensi Diri 2011 (SKPD), Seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK 2012), Seminar Advance Marketing Power (AMP 2012), Seminar Hidup Luar Biasa (HLB 2014) dan lain-lain lagi.

 

Dijemput 15 kali menjadi krew program-program Hj. Dr. Azizan Osman sepanjang tahun 2011 hingga 2015 bermula dari Johor Bahru hingga ke Kuala Lumpur.

Beliau juga berguru dalam bidang pengkhususan perniagaan percetakan bersama Tuan Hj. Abdul Basit dalam beberapa siri program anjuran Kaki Training Consultancy seperti Seminar Taiko Printing 2014 dan Seminar Rahsia Magnet Jualan 2014, menjana kewangan dan pendapatan sehingga memiliki kilang percetakan pakaian sendiri di Klang, Selangor.

Menjadi rutin berskala suku tahunan, beliau akan menyampaikan ilmu perniagaan, pemasaran dan pembangunan perniagaan bersama usahawan-usahawan dengan berkongsi  kisah kejayaan serta pengalaman sepanjang perkecimpung dalam arena perniagaan terutama dalam industri percetakan dengan beberapa siri seminar di Shah Alam dan Johor Bahru melalui Seminar Rahsia Jutawan Printing 2014 (SRJP 2014) dan Seminar Jutawan Printing 2014 (SJP 2014) yang dianjurkan sendiri oleh Million Media Event.

Dengan pengalaman dan kepakaran beliau, UniKL MITEC, Johor Bahru mempelawa beliau mengelolakan urusan-urusan majlis pengacaraan secara teknikal berkaitan multimedia seperti videography, Multiple Camera Production (MCP) untuk kerja-kerja suntingan video secara langsung di layar tabir, sistem pembesar suara dan lampu pentas di dalam majlis gilang-gemilang mereka iaitu Majlis Perasmian UniKL MITEC, Johor Bahru yang dirasmikan oleh Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal pada tahun 2012.

Tuan Hj. Mohd Shukri bin Hj. Othman dengan aktif terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan di peringkat Negeri Johor serta antarabangsa bersama pertubuhan Aqsa Syarif Berhad, Cawangan Johor dalam membantu masyarakat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Rejim Zionis. Sebagai Pengarah Program, beliau mengetuai Program ‘Charity Ride 4 Gaza’ yang mensasarkan kutipan sumbangan RM 1 juta dianjurkan dengan jayanya dengan penyertaan melebihi sasaran dengan menghimpunkan 350 penunggang-penungang motosikal berkuasa tinggi menjalankan aktiviti kutipan derma dari pasaraya ke pasaraya sehingga berjaya mengumpulkan sumbangan orang ramai sebanyak RM 25,000 dalam tempoh setengah hari untuk disalur ke Palestin.

 

Program ini mendapat liputan meluas media dan disiarkan di dada-dada akhbar serta televisyen selama sebulan dari sebelum program berlangsung sehinggalah selesai.

Beliau seringkali diundang oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk memberikan syarahan dan perkongsian ilmu yang memfokuskan kepada ilmu keusahawanan, pemasaran, seni foto, seni grafik dan percetakan seperti program Outing Lensa Malaya Selatan anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor dan Outing bersama Ustaz Azhar Idrus anjuran Studio Mukmin di UTM Skudai, Johor.

Tuan Hj. Mohd Shukri bin Hj. Othman dilantik menjadi Penolong Penyelaras Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Negeri Sembilan, menguruskan bantuan dan sumbangan masyarakat kepada masyarakat Islam di negara-negara Islam bergolak khususnya dan rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan.

​

Beliau juga dilantik menjadi AJK Jabatan Media MAPIM Malaysia dan diamanahkan sebagai Koordinator Media Sosial, Facebook dan Webmaster MAPIM keseluruhannya.

Peta Lokasi Bengkel Bina Website

24 September 2016 (Sabtu)
Dewan Baitul Ummah, Seremban
9.00 pagi - 6.00 petang

Pertanyaan:

06-667 1006 / 06-667 0304

Peringatan:

*Peserta wajib bawa laptop sendiri

**Peserta wajib bawa broadband sendiri

1 Tiket: RM 50 sahaja!

PERHATIAN :  Tempahan tiket kini DIBUKA! Pendaftaran Bengkel Bina Website akan DITUTUP pada hari Jumaat, 23 September 2016, tepat jam 6 petang atau ditutup lebih awal jika kuota penuh

Borang Pendaftaran
bottom of page