top of page
KENALI MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM)

July 28, 2007

DEKLARASI PERMUAFAKATAN SERAMBI MEKAH” (DPSM) 2007

 

MAPIM hadir di persada tanahair sebagai suatu terjemahan dari sebuah perhimpunan dan permuafakatan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini yang diadakan pada 27-28 Oktober 2007 (15-16 Syawal 1428). Ia dicetuskan dalam dokumen resolusi bernama ” DEKLARASI PERMUAFAKATAN SERAMBI MEKAH” (DPSM) 2007.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As Saff, 61:4)

 

إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ


Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. (Al Anbiya’, 21:92)

[ Baca lagi... ]

VIDEO SOLAT TARAWIH IMAM DARI PALESTIN DI NEGERI SEMBILAN
FALSAFAH MAPIM

MAPIM berpegang kepada falsafah seluruh manusia sebagai Khalifah Fil Ardhi dan tugas manusia dalam kehiddupan berbangsa dan bernegara adalah untuk merealisasikanfalsafah ini dalam kehidupan yang nyata. Dengan yang demikian pernyataan falsafah ini akan hanya boleh dihayati jika dakwah Islamiah dijalankan denan dalil yang jelas dan kukuh,

 

Firman Allah Ta'ala,

قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." ~Surah Yusuf, 12:108

 

MATLAMAT MAPIM

Membangun semula seluruh komuniti Islam berasaskan prinsip-prinsip Al Quran dan As Sunnah selengkap dan seutuhnya. Untuk itu MAPIM akan bergerak untuk merealisasikan menjadikan Islam sebagai sebuah sistem hidup yang ideal dan menyeluruh sebagai pengabdian mutlak kepada Allah SWT dalam seluruh aspek kehidupan.

UNTUK PERKONGSIAN YANG LEBIH DEKAT: 

  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
  • Google+ Clean Grey
  • Instagram Clean Grey
  • YouTube Clean Grey

© 2016 by  MAPIMNEGERISEMBILAN

Radio Online Ummah FM

Klik di bawah:

bottom of page